Home  >  News

Zamihan denies insulting Johor Sultan

  • Zamihan accuses the media of slandering him and demands the media to retract their reports within seven days or face legal actions.

PETALING JAYA, Oct 11 (MySinchew) -- Islamic preacher Zamihan Mat Zain said in a statement issued on his Facebook site this morning that he did not expressly criticized the Sultan of Johor when he hit out at the ban on Muslims-only launderette in Muar.

He also accused the media of slandering him and demanded the relevant media to retract their reports within seven days or face legal actions.

Zamihan claimed that he was no longer Jakim official and the headline by Free Malaysia Today had incited the public to hate the national Islamic development department, adding that the reporter had been anti-Islam, anti-Jakim, insensitive and disrespectful for the rights of Muslims in this country.

He demanded that Free Malaysia Today, Malay Mail Online, NST Online and former minister in the prime minister's department Datuk Zaid Ibrahim to retract their reports or statements within seven days or he would take legal actions against them.

He also urged the relevant authoresses to investigate the above-mentioned media organizations for sedition.

The following is the full statement by Zamihan:

KENYATAAN MEDIA

1. Saya memandang serius artikel yang disiarkan Free Malaysia Today (FMT) bertajuk 'Pegawai Jakim Selar Sultan Johor, Bidas Cina Tak Bersih, yang disiarkan portal berita berkenaan pada Selasa kelmarin.

2. Artikel FMT itu jelas berniat jahat dan berunsur fitnah terhadap saya selain cuba mengeruhkan hubungan antara agamawan dan Istana berhubung isu dobi muslim. Bahkan FMT juga dilihat mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan hubungan antara kaum dengan mencetuskan kemarahan bukan Islam terhadap umat Islam di negara ini.

3. Dalam rakaman video yang kononnya dijadikan rujukan FMT, saya sama sekali tidak menyebut nama Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Saya juga tidak menggunakan perkataan yang kasar, kesat atau sebarang elemen yang bersifat hasutan dalam ceramah berkenaan. Saya sedia untuk disiasat atas falsafah berani kerana benar dan takut kerana Allah. Namun demikian, amat wajar juga disiasat gerakan 'agenda republik' untuk menghapuskan sistem Kesultanan oleh segelintir pendakwah Liberal Muslim di negara ini.

4. Selaku pembentang tajuk: Ancaman Syiah pada sidang Majlis Raja-Raja kali ke-323 (31 Okt 2013), ingin saya tegaskan disini bahawa saya amat menghormati dan menyanjung tinggi DYMM Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu. Apatah lagi Tuanku Sultan Johor yang memang dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat dan berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Adalah mustahil untuk saya sama sekali menuturkan kata-kata yang bersifat untuk memperlekeh atau jauh sekali untuk menghina DYMM Tuanku Sultan. Bagaimanapun saya merafak sembah memohon kemaafan seandainya DYMM Tuanku Sultan Johor terasa hati dengan salah faham yang timbul: Ampun Tuanku. Saya juga bersedia mengadap Tuanku Sultan bila-bila masa saja dari sekarang jika diperkenankan DYMM Tuanku untuk memperjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf secara berdepan dari hati ke hati.

5. Sebenarnya tajuk artikel yang direka cipta oleh portal FMT jelas berniat jahat bagi menyerang dan memburukkan imej saya selaku Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA). Ini bukanlah kali pertama FMT dan sekutunya mengeluarkan artikel yang cuba membunuh karekter saya. Posting artikel Malay Mail Online (MMO) pula memuatkan foto saya seolah-olah dalam keadaan menjelir lidah sewaktu menyampaikan ceramah. Saya percaya naratif itu sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadap saya kerana saya seringkali menegur sesetengah pihak dengan tegas dalam isu-isu agama.

6. Paling ketara, niat jahat FMT terserlah apabila mereka secara jelas mengaitkan jawatan saya sebagai Pegawai JAKIM dalam artikel berkenaan. Sedangkan saya bertugas setahun sahaja pada 2005 dan kemudian tahun 2006 bertugas di jabatan lain, kini sudah hampir 13 tahun tidak lagi bertugas di JAKIM. Bahkan kehadiran saya bagi menyampaikan kuliah agama di masjid berkenaan adalah atas kapasiti saya sebagai pendakwah Ahli Sunnah dan Presiden ASWAJA. Maka segala kenyataan dibuat atas kapasiti peribadi saya dan tiada kaitan sama sekali dengan JAKIM atau mana2 Jabatan Kerajaan. Niat memburukkan JAKIM dan Islam portal-portal liberal jelas terserlah.

7. Berdasarkan kronologi kes dan fakta diatas jelaslah bahawa tindakan wartawan dan portal berkenaan sebenarnya membuktikan mereka bersikap anti Islam, memusuhi agensi agama Islam, khasnya JAKIM dan dilihat tidak pernah mahu menghormati hak dan sensitiviti muslim di negara ini.

8. Oleh itu saya memberi tempoh selama tujuh hari kepada FMT, MMO, NSTP dan Zaid Ibrahim untuk menarik balik artikel dan tuduhan liar mereka dan mengemukakan permohonan maaf kepada saya secara terbuka. Jika gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah saya tanpa prejudis.

9. Saya juga mengesa pihak berkuasa agar menyiasat artikel yang disiarkan FMT, MMO dan NSTP yang jelas berbaur hasutan dan cuba menimbulkan kebencian antara agama serta mencetuskan permusuhan rakyat berbilang kaum di negara ini.

10. Akhirnya, saya menyeru kepada seluruh pemimpin, ulama dan umat Islam agar sentiasa memelihara kesucian Islam sepanjang masa atas wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah dan turut menghormati hak-hak bukan Islam di negara ini.

Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA Malaysia
11/10/2017

 

Copyright © 2017 MCIL Multimedia Sdn Bhd (515740-D).
All rights reserved. Contact us : [email protected]